Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Sunday 31 December 2017

Azamku 2018




Usahlah melihat seseorang dari masa lalunya. 

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. 

Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah pun kini terbaring di sebelah makam Baginda. 

Beliau adalah Saidina Umar Al Khattab.

Usahlah melihat seseorang dari masa jahatnya. 

Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah akhirnya menjadi Saifullah (Pedang Allah). 

Beliau adalah Saidina Khalid Al Walid.

Usahlah menilai seseorang dari paras rupanya. 

Rasulullah melihat sahabat baginda iaitu Si Pendek yang tidak menawan bernama Saidina Julaybib dikejar para bidadari di syurga.

Usahlah memandang orang dari status sosial dan kekayaannya. 

kasut emas Fir’aun berada di neraka, sedangklan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Jika tak mampu memberi, usahlahlah mengambil. 

Jika terlalu sulit untuk mengasihi, usahlah membenci.

Jika tak mampu meringankan, usahlah mempersulitkan.

Jika tak sanggup memuji, usahlah menghina.

Jika tak mahu menghargai, usahlah diumpat.

Jika tak mampu menghibur, usahlah menyedihkan.

Azamku 2018 .....

Aku tidak akan mencari kesempurnaan tetapi aku cuba menyempurnakan apa yang telah ada pada ku.

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2018



Wang Hantaran vs Mas Kahwin @ Mahar



Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan.

Tetapi perkara ini dibenarkan di dalam islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak membebankan pihak lelaki.

Berbeza dengan wang hantaran, mas kahwin pula merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. 

Si isteri dibenarkan menolak permintaan suami berasmara di ‘malam pertama’ sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.

Mas kahwin merupakan perkara wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Mas kahwin atau cakap bahasa Arabnye mahar terbahagi dua:

Mahar Misil - dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Semakin tinggi kelas sosial mereka, maka semakin mahal maskawin yang terpaksa dikeluarkan oleh bakal pengantin lelaki kepada keluarga pengantin perempuan.

Mahar Musamma - maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

Wang hantaran yang tinggi inilah sebenarnya yang menjadi masalah utama kepada kaum lelaki untuk berumah tangga.

Apabila sudah ramai kaum Adam tidak mampu berkahwin disebabkan wang hantaran terlalu membebankan, lebih-lebih lagi upah berkerja tidak dapat menampung kos sara hidup dan kos gaya hidup diri sendiri maka kesannya akan terpalit juga akhirnya kepada kaum Hawa.

Akhir-akhir ini, jika tak ada sekurang-kurangnya RM 10,000.00, lupakanlah sahaja cita-cita untuk meminang Si Dara idaman walaupun hanya bergred 'biasa-biasa' je.

Tapi kalau Si Janda pulak, semakin bergetah semakin mahal … kot!

Sekarang nak kawin dah pakai gred, serupa jual buah durian kat tepi-tepi jalan jugak. 

Gred buah yang paling loko, mau tak mau paling lekeh RM8.00/kg.

Belum lagi ditanya harga Musang King, Kunyit, Udang Merah, Segamat, MH370 dan tah apa-apa lagi….. mampu tengok je le!

Kalau tak mampu, tak payah nak gatal-gatal singgah!

Entri ini bukan untuk menghina sesiapa, tetapi ianya sebagai perkara yang pada awalnya sebagai amalan kebiasaan dan akhirnya telah menjadi satu budaya di dalam masyarakat kita.

Serupa juga dalam hal-hal berkaitan wang sumbangan, salam kaut, salam cangkruk, becek dan apa-apa saja istilah yang diberikan di dalam amalan bertandang di dalam majlis perkahwinan.

Tetapi itulah realitinye! 

Tuesday 7 November 2017

I'm me



Terkadang  kita lupa siapa diri kita sebenarnya hanya untuk menjadi perhatian orang.

Kita selalu ‘masuk’ ke dalam kotak kecil yang kita buat sendiri.

Pernahkah untuk sekali saja, saat kita terbangun lalu mengucapkan salam kepada diri kita sendiri? 

Terkadang kita menjadi  ‘orang lain’ untuk membuat keberadaan kita dilihat hebat.

Tetapi, apakah itu berbaloi? 

Tuhan telah memberikan kita karunia untuk menjadi diri kita sendiri.

Kita tidak perlu topeng agar orang lain melihat kita.

Walaupun atas segala kekurangan dalam diri yang membuat  kita kecewa dengan diri sendiri namun hakikatnya, aku adalah aku.

Memang terkadang saat kita melihat orang yang lebih wow dari diri kita dan membuat kita berasa malu dan mengasingkan diri.

Tetapi tahukah kamu?

Orang yang kamu lihat lebih wow dari dirimu itu adalah orang yang mungkin juga sedang memakai topeng untuk memunculkan keberadaannya!

Oleh itu, percayalah pada diri sendiri !

Saat kita sudah mengenal dan mengakui diri kita sendiri, kita akan tahu betapa hebatnya kita dari orang lain.

Jangan membohongi dirimu demi orang lain, jangan membuat persepsi kamulah yang memerlukan mereka tapi mereka sebenarnya memerlukan diri mu.

Semua orang yang lahir adalah manusia terpilih yang akan memimpin dirinya sendiri. 

So, tunggu apalagi?

Lepaskan topeng mu kemudian berlari lah dengan megah.

Just be yourself and then you will really shine.

Pretending to be someone you're not, is a waste of the person you are.


Philosophy of the finger


Ibu Jari merupakan nadi kekuatan.

Jari Telunjuk suka tuding-menuding dan memerintah.

Jari Hantu selalu membuat orang lain berasa marah.

Jari Manis selalu merapatkan silaturrahim.

Jari Kelingking bersifat lemah.

Kekurangan dan kelebihan yang dimiliki, jari akan bersatu dan saling melengkapi dan menjadi kuat.

Ianya menjadi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam kehidupan kita.

Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk kita lebih bersatu dan menghargai antara satu sama lain.

Saling menyayangi, tolong menolong menghargai berkongsi, dan melengkapi dan bukan saling tuduh-menuduh, salah-menyalah, rosak-merosak, iri hati dan memporak-perandakan.

Falsafah jari ini menuntut kita berasa rendah hati dan menghargai orang lain, kerana tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan secara bersendirian.

Kita melihat diri sendiri hebat dan mempunyai banyak kelebihan, kerana hanya orang lain punya kekurangan dan begitu juga sebaliknya.

Tiada yang benar-benar lebih bodoh atau lebih pintar, kerana kedua-duanya hanyalah bersifat subjektif.

Orang pintar boleh gagal.

Orang hebat boleh jatuh.

Orang kuat boleh kalah.

Tetapi …

Orang yang rendah hati dalam segala hal akan selalu mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. 


Saturday 28 October 2017

Rezeki Hanya Dari Allah


Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. 

Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya Maha Kaya.

Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan datang dari siapa-siapa, tetapi dari ALLAH swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.

Monday 14 August 2017

Dengarlah!




Inilah nasib saya pelajar kelas tercorot

Jangan salahkan saya bila saya tak pandai.

Setidaknya saya cuba.

Setiap hari pergi sekolah, saya akan hadap silibus skema.

Cikgu pula ajar guna gaya yang sama macam mana dia ajar budak kelas depan.

Bapak saya dulu pon kelas corot atau sentiasa dapat nombor corot jugak macam saya.

Bapak saya berjaya kini sebab ada cikgu yang banyak beri dorongan.

Sebab itulah semangat bapak saya hebat untuk berjaya.

Saya baru belajar, jadi jangan anggap kami tahu semua benda.

Saya tak tahu, habis sekelas kami kena marah.

Saya bukan malas, tapi saya jadi malas sebab saya tak faham.

Kata ayah saya , kalau tak faham tanya cikgu.

Tapi kalau sentiasa saya tanya, cikgu marah atau buat tak layan.

Apa yang cikgu cakap tak boleh masuk otak.

Benda-benda kat papan tulis yang cikgu ajar pon tak masuk otak.

Cikgu janganlah mengajar saya macam mengajar pelajar budak kelas pandai.

Saya selalu cemburu tengok budak kelas pandai asyek terima hadiah atas pentas.

Saya pon selalu wakil sekolah dalam sukan.

Tapi takpernah ambik hadiah kat pentas macam budak pandai, terbaik matapelajaran.

Dari hadiah A hingga Z semua abis budak kelas pandai borong.

Saya pandai bertukang, saya pandai main bola, saya kuat lari, saya pandai masak masak.

Kalau cikgu mintak tolong, sayalah orang yang pertama sekali menawarkan bantuan.

Kalau di luar sekolah, sayalah yang selalu tegur sapa cikgu.

Tapi kenapa selalu saya kena marah dan huku berdiri depan ramai pelajar atas pentas?

Saya cuma cakap bisik-bisik je kat kawan sebelah ketika GB berucap.

Tiba-tiba sahaja telinga saya kena tarik.

Salah ke cakap perlahan-lahan? 

Saya tak bijak dalam menghafal dan mengira.

Sebab kebijakkan saya terbatas pada teori dan ilmu tulisan semata.

Tapi apakan daya, saya hanya pelajar kelas belakang.

Dipandang sepi kerana kami kurang bijak.

Tapi setidaknya, sentuhlah hati kami dengan keikhlasan yang benar.

Saya juga anak watan negara!

Sekolah bukan kilang!

Sekolah tempat saya ekspresikan kreativiti saya dan rasa seronok!

Dengarlah suara hati saya!

Ramai lagi orang macam saya kat luar sana.

Dengarlah!

Saturday 12 August 2017

Try and error



Hidup ini penuh dengan cuba atau gagal atau dalam bahasa orang putehnya try and error.

Tiada siapa yang suka pada kegagalan, kesilapan, kejatuhan dan kekalahan.

Namun ada kalanya manusia itu terpaksa melakukan kesilapan sebelum mereka boleh melakukannya dengan betul.

Hakikatnya bila kita jatuh, barulah kita boleh bangun semula.

Hanya bila kita di bawah, baru kita boleh panjat ke atas.

Kesilapan itu pembelajaran dan mengulanginya itu kebodohan.

Proses pembelajaran itu merupakan ubat kepada kebodohan.



Left group

 

Dulu masa tak ramai friends dalam senarai friends di media sosial terutamanya Facebook dan group WhatsApp, aku rasa bebas nak tulis apa-apa, pasal politik ke, pasal artis ke, nak kutuk-mengutuk pun takde siapa peduli.

Tapi bila friends media sosial dah semakin ramai termasuk adik beradik sepupu sepapat, kawan-kawan lama pon ada, maka aku dah tak boleh tulis sebarangan.

Ye le… nak jaga hati dan maruah mereka pulak kan!

Dalam group WhatsApp, aku tak pernah lagi nak gatal-gatal tulis pasal bab politik ni.

Ada rakan dalam group kata, kita perlu berlapang dada pasal bab-bab politik ni.

Pengakhirannya, group WhatsApp kita orang telah menjadi medan ‘perang’ politik sesama rakan dan ramai yang terluka dan hilanglah sifat silaturrahim kami di dalam group tersebut.

Nak tak nak akhirnya aku dengan rasa kecewa dan sedih terpaksa left dari group tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku tak kan response apa-apa di dalam group WhatsApp yang ada friends sentuh pasal bab politik.

Aku bukan sombong dan angkuh, namun aku tak mahu kawan aku akan menjadi lawan.

Dalam bab berkawan dan menjalin silaturrahim ni, perlulah kita menghormati sesama rakan dan taulan.

Bab politik dan ideology perlu diletak ketepi.

Elakkan lah perdebatan politik dan ideology sesama rakan dan taulan.

Faedahnya sedikit, mudharatnya sudah pasti banyak.

Pastinya akan menghancurkan silaturrahim yang sekian lama terjalin.

Sebab semakin berumur fikiran kita banyak dipengaruhi dengan emosi.

Politik bukanlah isu yang boleh diluahkan sebarangan.

Pertelingkahan disebabkan isu politik ni kebannyakkannya bermula dari isu yang sangat kecil dan akhirnya memarak sehingga sukar di padam.

Telah terbukti, banyak peperangan saudara berlaku di dunia ini disebabkan isu politik.

Pengalaman haruslah menjadi teladan!

Friday 11 August 2017

How interesting it is for money!



I never thought money has different  names!

In mosque, it's called donation.

In school, it's fee.

In marriage,  it's called dowry.

In divorce, alimony.

When you owe someone, it's debt.

When your pay the government, it's tax.

In court, it's fines.

Civil servant retirees, it's pension.

Employer to workers, it's salary.

Master to subordinates, it's wages.

To children, it's allowance.

When you borrow from bank, it's  loan.

When your offer after a good service, it's  tips.

To kidnappers, it's ransom.

Illegally received in the name of service, it's bribe.

The question is....... when a husband gives to his wife, what do we call it?

Answer!

Money given to your wive is called duty, and every man has to do his duty because wives are not duty free!

Just joke je!!!!

Tuesday 1 August 2017

Setiap manusia bergerak pada zon masa yang berbeza



Tuhan jadikan setiap umur bergerak di dalam ruang masa yang berbeza.

Ada yang masih membujang hingga ke tua.

Ada yang baru dua tiga hari kawin dah bercerai-berai.

Ada yang dah kawin setengah abad tapi belum dikurniakan zuriat.

Ada yang baru kawin dua tiga bulan dah mengandung.

Ada yang baru satu dekad berkahwin dikurniakan anak bersusun paku.

Ada yang dah gred lima enam tahun tapi belum dapat kerja tetap.

Ada yang baru setengah bulan gred dapat kerja bagus.

Ada yang baru usia dua puluh enam tahun tapi dah jadi bos.

Ada yang dah kerja sampai dua tiga tahun lagi nak pencen tapi masih lagi mengharap nak jadi bos.

Ada yang sihat walafiat, tapi mati mengejut.

Ada yang keluar masuk hospital periksa doctor dan ambik ubat, tapi umur panjang.

Ada yang telantar sakit di wad ICU, tapi tetap maintain.

Ada yang jadi teman menunggu orang sakit di wad ICU, tapi dua tiga hari dia ‘pergi dulu’.

Ada yang dapat gelaran Dato’ dalam usia muda.

Ada yang dapat pangkat datuk sebab dapat cucu.

Ada yang dah dua tiga kali pergi umrah dan naik haji.

Ada yang dah dekat nak ‘pergi’ tapi tak pergi-pergi haji.

Ada yang di ‘atas’ dari kita dan ada pulak yang di ‘bawah’ dari kita.

Ada yang baru setahun jadi bos dah kena turun.

Ada yang dua tiga tahun nak pencen baru jadi bos.

Ada yang jadi bos dari muda sampai ke tua.

Ada yang dah buat-buat rajin sebab nak jadi bos tapi rezeki tak kunjung tiba.

Ada yang dah ‘gila’ bila jadi bos.

Percayalah, rezeki itu adalah perancangan dan kepunyaan dari Tuhan sekian alam.

Kita hanya merancang.

Kerana ketentuan, kita bergerak di dalam ruang masa yang berbeza.


Sunday 28 May 2017

3 kali mohon pindah dan 2 kali merayu tetap gagal!


Isu pertukaran memang bukan isu kecil.

Beruntunglah kepada sesiapa yang sekali memohon terus lulus.

Berlipat kali ganda untung, bila terus ditempatkan di stesen yang dipohon.

Namun yang menjadi tanda tanya?

Alasan pindah pun biasa-biasa je.

Nak kawin!

Dah beli rumah!

Isteri sakit

Dan .....

Pelbagai alasan, walaupun tak kukuh tapi peliknya dapat pindah jugak!

Tuesday 23 May 2017

Kata-kata Azimat


Aku merupakan anak seorang buruh kasar.

Selain menorah getah, abah ku bekerja buruh di ladang semaian kelapa di Jabatan Pertanian.

Gaji yang diperolehi tidak setimpal langsung dengan kerja yang dilakukannya.

Kadang-kadang mengambil upah apa-apa saja kerja.

Walaupun umurku sudah menjangkau setengah abad, tetapi memori ku masih terlalu kuat menginggati kasih sayangnya.

Hidup abah pada waktu dahulu sering kali diselubungi dengan kesukaran disebabkan masalah kewangan.

Setiap yang aku mintak, waktu itu sukar untuk dipenuhi.

Kata abahku, “Kamu pilih, sama ada nak belajo atau nak duit? Kalau nak belajo, belajo le sungguh-sungguh, kalau nak duit, berhenti sekolah dan tolong abah toreh getah, tapi gelap masa depan kau nanti, macam abah ni, abah ni kuli je”.

Sering kali permintaanku ditolak dengan menggunakan ayat tersebut.

Waktu itu tak sedar apa yang abah lakukan itu merupakan satu helah untuk kebaikan ku.

kehidupan kami sekeluarga pada masa itu sukar digambarkan dengan kata-kata, namun tak le sampai papa kedana.

Walaupun susah, abah tetap dengan kudrat tulang empat keratnya membanting tulang pagi petang demi sesuap nasi kami adik beradik.

Abah seorang yang tabah dan berpandangan jauh.

Walaupun pelajaran formalnya tak setinggi mana, namun beliau mempunyai misi dan visi yang amat jelas.

Beliau inginkan semua anak-anaknya berjaya di dalam pelajaran.

Abah ku kerja teruk, bangun pukul 5 pagi dan pulang kerja hingga lewat petang.

“Abah ni hanya kerja kuli, selalu dihina orang. Tak kan anak-anak abah nak ikut jejak abah jadi kuli! Belajo le rajin-rajin, baca buku dan buat kerja yang di suruh chegu!”.

Itulah ayat-ayat yang selalu aku dengar dari mulut arwah abah, setiap kali aku diminta pijak-pijakkan tubuhnya yang sakit-sakit kelesuan membanting tulang mencari rezeki di siang hari.

Bila diingatkan nostalgia itu kembali ketika nak melelapkan mata, terasa sayu dan sedih sehingga air mataku bergenang.

Rutin kami sekeluarga, selepas solat maghrib mengaji al-Quran dan selepas solat Isyak hingga pukul 10 malam, mengulang kaji pelajaran di hadapan abahku bertemankan cahaya pelita minyak tanah.

Aku pulak …..

Di sekolah rendah aku tak menunjukkan potensi sebenar di dalam bidang pelajaran.

Selalu saja dapat nombor dua angka di dalam peperiksaan kelas.

Sebuk bermain dan wakil sekolah dalam sukan.

Siapa tak kenal aku.

Budak paling nakal dan ada kata paling jahat.

Aku merupakan ‘pelari paling laju peringkat sekolah’ dan sentiasa mewakili sekolah dalam semua acara sukan.

Di sekolah menengah, aku merupakan pemain bola yang handal dan beberapa tahun mewakili negeri.

Kalau ada liga profesional macam sekarang ni, mungkin aku dah jadi Syafiq Rahim kot.

Cuma aku bermain beberapa tahun dengan pasukan negeri di dalam Piala Razak.

Sekarang ada lagi tak Piala Razak tu?

Dulu ada penilaian darjah 5, dan keputusannya dikira bawah par atau paras-paras kerongkong je.

Alangkah kecewanya abah masa tu.

Dalam SRP, keputusan aku dikira agak bagus juga dan aku ditawarkan ke aliran sains.

Pada masa tu, kalau kita belajo dalam aliran sains tulen, orang kata kita ni orang paling bergeliga di alam maya ini.

Tapi itu hanya persepsi orang je.

Hakikatnya, siapa dari aliran sains, semuanya jadi perkerja biasa-biasa je dan dari aliran sastera, sekarang ramai dah jadi big bos belaka dan ada yang dah jadi CEO.

Tapi aku tak kisah pon, yang penting belajo untuk dapat kerja yang ‘baik’.

Walaupun SPM aku pangkat 1 dan aku telah berjaya ditawarkan ke UM, namun aku pilih ke tingkatan 6 disebabkan faktor kemampuan kewangan abah yang sangat terhad.

Pada masa tu, sayu jugak tengok kawan-kawan, sorang demi sorang ke universiti sama ada bertaraf diploma atau ijazah pertama.

Pada mulanya rasa malu dan rendah diri jugak.

Kalau boleh tak mahu jumpa kawan yang dah belajo ke universiti sebab rasa segan.

Ada jugak yang dah tak mau berkumpul kite orang di wakaf waktu cuti, mungkin tak setaraf kot!

Alhamdulillah, pilihan aku ke tingkatan 6 akhirnya berbaloi jugak.

Aku memperolehi keputusan yang agak cemerlang dalam STPM.

Aku lulus semua subjek iaitu 4 prinsipal A dan 1 principal B.

Dalam aliran sains tulen pulak tu.

Pada masa tu, nak cari budak Melayu dapat 5 principal aliran sains tulen hanya satu dua kerat je.

Sebabnya aliran sains tingkatan 6 pada waktu tu di domenasi oleh pelajar keturunan Cina dan India je, 

Aku le budak Melayu tu. 

Kira hebat jugak pencapaian aku pada masa tu, hehe! 

Sebabnya, hanya orang yang pernah ambik STPM je yang tau betapa sukar dan terseksanya nak lulus!

Dekat BPHS pada tahun tu, aku je budak Melayu yang memperolehi 5 principal penuh dalam semua subjek di aliran sains tulen.

Chegu aku, arwah Mis. Farida suruh aku mohon kos Medic.

Zaman tu keputusan aku ‘terlalu layak’ ambik kos tersebut.

Kalau aku ikut cakap chegu, mungkin aku sekarang ni dah jadi doktor.

Tapi itu tinggal sejarah je, jangan dikenang sebab masa tak kan kembali..

Disebabkan tak mahu susahkan abah, aku ke Maktab Perguruan.

Masuk maktab perguruan tak banyak pakai kos.

Elaun sara hidup pon diberi dan yang pasti dijamin lulus dan keluar dah tentu jadi chegu dan dapat gaji untuk bantu keluarga.

Mak aku selalu cakap, “Kao jadi le chegu macam kak Long kao tu, kerja tetap dan hidup kao senang nanti!”.

Kalau orang tak pernah jadi chegu, lain lah sangat hakikatnya.

Setelah  hampir 3 tahun aku bertugas sebagai chegu, akhirnya berjaya jugak aku ke universiti.

Walaupon sekarang ni aku tak mengajo lagi di sekolah, namun aku tetap juga chegu.

Sudah hampir 22 tahun abah ku telah kembali menemui Sang Pencipta.

Visi dan misi arwah telah terlaksana.

Kami adik beradik kini semuanya telah berjaya di dalam kehidupan di dunia, dan mudah-mudahan akan berjaya juga di kehidupan akhirat …. Amen.

Aku sentiasa ceritakan kisah-kisah kesusuahan atok dan nenek mereka kepada anak-anak aku di dalam membesarkan abah mereka ini sehingga berjaya kini,

Semoga anak-anak aku faham, bukan senang nak senang dan banyak halangan dan pengorbanan yang perlu ditempuh.

Kata ayahku, “ Kalau abah kuli, tak kan kau nak ikut jejak abah jadi kuli jugak, belajo rajin-rajin supaya esok beso kau hidup senang. Jangan tinggal solat dan ingat adik beradik yang susah?”.

Aku sentiasa ulang dan ulang kata-kata “azimat” ini kepada anak-anak aku.

Dan aku berharap, anak-anak aku menjadi orang yang berjaya di dalam hidup mereka sebagai orang yang baik dan terpuji di dunia dan akhirat.

Juga, jadilah manusia yang sentiasa merendah diri dan hormatilah semua orang terutamanya orang-orang yang susah.

Semoga arwah abah aku sentiasa dirahmati Allah, dan segala jasa dan pengorbanannya membesarkan anak-anaknya sehingga semuanya menjadi orang berguna diterima Allah…Ameen.

Alfatihah.




Sunday 30 April 2017

Seringkali apabila kita menasihat orang lain, sebenarnya lebih tepat jika diterapkan pada diri sendiri!

 

Melihat kesalahan orang sungguh mudah. 

Menghitung kekurangan orang juga jauh lebih mudah.

Melihat semut di seberang lautan lebih nampak daripada gajah dipelupuk mata.

Terlalu sibuknya kita menghitung dan menilai orang, akhirnya kita jadi jarang menghitung dan menilai seberapa besar kesalahan dan berapa banyak kekurangan yang ada dalam diri.

Bahkan terkadang kita menuntut orang lain hanya karena dia tidak sempurna di mata kita.

Seandainya manusia itu tahu tentang aibnya sendiri niscaya tidak ada orang yang mahu mencela aib orang.

Siapa yang menasihatmu secara sebunyi-sebunyi maka dia benar-benar menasihatmu, sebaliknya sesiapa yang menasihatmu dikhalayak, dia sebenarnya menghinamu.

Menegur janganlah sampai menghina.

Mendidik janganlah sampai memaki.

Membantu janganlah sampai mengungkit.

Sesungguhnya, seburuk-buruk manusia ialah bermuka dua, yang mana dia datang pada saudara yang tidak disukainya dengan muka sekian dan dengan kelompok saudara yang disukainya, dia bermuka sekian.

Walaupun hati rasa benci, usahlah mengutuk dan mencaci di atas dasar nasihat.  

Yang putih itu tak semesti indah.

Yang hitam itu tak semesti buruk.

Kain kafan itu putih, tapi menakutkan.

Kain Ka’abah itu hitam, tapi mendamaikan.

Manusia dinilai dari akhlaknya, bukan darjatnya.

Setiap dari kita ada kekurangan, tidak ada di antara kita yang sempurna.

Hiduplah dengan sifat hormat-menghormati.

Jagalah mulut dari menyakiti jika diri juga berasa benci apabila disakiti.

Sepatah penghinaan akan memberi kesan ingatan selamanya.

"dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menghina sebahagian lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya” (Al Hujrat : 12).

Jika mulut kamu suka menyakiti hati orang dan tanggapan kamu itu adalah yang terbaik bagi kamu, maka teruskanlah ............

Tiada sesiapa yang dapat menghalangi, melainkan Yang Maha Berkuasa.