Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Wednesday 22 August 2018

Adik beradikku


Adik beradik yang selalu SMS dan Wattsapp kita bukan kerana mereka tiada kerja lain yang hendak dibuat. 

Sebenarnya mereka ingat pada kita.

Semakin hari keluarga kita sendiri akan berkembang dan perhubungan antara kita adik beradik tahun demi tahun semakin jauh.

Ada ketikanya, kita akan mengenangkan nostalgia saat-saat pahit dan manis semasa kita adik beradik bersama sewaktu kecil.

Di satu masa nanti, anak cucu kita akan bertanya kepada kita tentang penghidupan kita semasa kita hidup bersama di masa lalu.... “Siapakah mereka?”

Dan kita akan tersenyum dengan bibit-bibit kesayuan, kerana hati kita akan tersentuh terkenangkan nostalgia kehidupan kita di masa lalu.

Kita akan berkata…. “Dengan merekalah saya ada hari yang paling indah dalam dairi kenangan hidup ini”

Terima kasih Kakak, Abang dan adik-adik!

Tiga perkara dalam hidup yang tak kan kembali iaitu, waktu, kata-kata dan kesempatan.

Tiga perkara yang memusnahkan hidup ini iaitu, kemarahan, keangukahan dan dendam.

Tiga perkara yang sangat berharga iaitu, kasih saying, cinta dan kebaikan.    

Tiga perkara di dalam kehidupan ini yang tidak pernah pasti iaitu, kejayaan, kekayaan dan impian.

Tiga perkara yang tidak pernah kita ketahui iaiatu, rezeki, umur dan jodoh.

Namun tiga perkara yang pasti iaitu, sakit, tua dan kematian.

Ya Allah, Kau rahmati dan berkatilah kehidupan kami adik-beradik dan seluruh keluarga kami di dunia dan akhirat ....Ameen Ya Rob Al Amin.


Monday 20 August 2018

Selimut Putih




Betulkan pemikiran ku ya Allah!

Melangkah masuk ke hari lahirku, semakin jauh pula aku meninggalkan dunia ini dan semakin dekat diriku ini menuju maut!

Ya Allah, berilah pada setiap masa ingatanku ini kepada kematian agar aku lebih cemas dan lebih insaf supaya aku dapat menghindari dari menjadi insan yang tak sedar diri.

“Anak Adam semakin tua, tetapi dua perkara padanya bertambah muda, kehendak pada harta dan kehendak untuk umur panjang.” - Sahih Muslim, Sunan Tirmizi.

“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu diarahkan agar menulis empat perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli syurga). Kemudian ditiup padanya roh,” - Sahih Bukhari, Sunan Abu Dawud, Sunan Tirmizi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad.

“Dan (hendaklah diingatkan bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah, hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? Kita bangkit akan menunjukkan kekurangan hari demi hari,” (Yasin [36:68]).

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (daripada amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan,” (al-Hasyr [59:18]).

Ya Allah, jadikanlah diriku, kaum keluargaku serta anak cucuku menjadi insan yang sentiasa mendapat keberkatan dan rahmatmu di dunia dan akhirat dan selamatkan kami semua dari keperitan seksaan azab kubur dan api neraka. Masukkanlah kami ke syurga-syurgamu tanpa hisab….Ameen.