Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Sunday 28 May 2017

3 kali mohon pindah dan 2 kali merayu tetap gagal!


Isu pertukaran memang bukan isu kecil.

Beruntunglah kepada sesiapa yang sekali memohon terus lulus.

Berlipat kali ganda untung, bila terus ditempatkan di stesen yang dipohon.

Namun yang menjadi tanda tanya?

Alasan pindah pun biasa-biasa je.

Nak kawin!

Dah beli rumah!

Isteri sakit

Dan .....

Pelbagai alasan, walaupun tak kukuh tapi peliknya dapat pindah jugak!

Tuesday 23 May 2017

Kata-kata Azimat


Aku merupakan anak seorang buruh kasar.

Selain menorah getah, abah ku bekerja buruh di ladang semaian kelapa di Jabatan Pertanian.

Gaji yang diperolehi tidak setimpal langsung dengan kerja yang dilakukannya.

Kadang-kadang mengambil upah apa-apa saja kerja.

Walaupun umurku sudah menjangkau setengah abad, tetapi memori ku masih terlalu kuat menginggati kasih sayangnya.

Hidup abah pada waktu dahulu sering kali diselubungi dengan kesukaran disebabkan masalah kewangan.

Setiap yang aku mintak, waktu itu sukar untuk dipenuhi.

Kata abahku, “Kamu pilih, sama ada nak belajo atau nak duit? Kalau nak belajo, belajo le sungguh-sungguh, kalau nak duit, berhenti sekolah dan tolong abah toreh getah, tapi gelap masa depan kau nanti, macam abah ni, abah ni kuli je”.

Sering kali permintaanku ditolak dengan menggunakan ayat tersebut.

Waktu itu tak sedar apa yang abah lakukan itu merupakan satu helah untuk kebaikan ku.

kehidupan kami sekeluarga pada masa itu sukar digambarkan dengan kata-kata, namun tak le sampai papa kedana.

Walaupun susah, abah tetap dengan kudrat tulang empat keratnya membanting tulang pagi petang demi sesuap nasi kami adik beradik.

Abah seorang yang tabah dan berpandangan jauh.

Walaupun pelajaran formalnya tak setinggi mana, namun beliau mempunyai misi dan visi yang amat jelas.

Beliau inginkan semua anak-anaknya berjaya di dalam pelajaran.

Abah ku kerja teruk, bangun pukul 5 pagi dan pulang kerja hingga lewat petang.

“Abah ni hanya kerja kuli, selalu dihina orang. Tak kan anak-anak abah nak ikut jejak abah jadi kuli! Belajo le rajin-rajin, baca buku dan buat kerja yang di suruh chegu!”.

Itulah ayat-ayat yang selalu aku dengar dari mulut arwah abah, setiap kali aku diminta pijak-pijakkan tubuhnya yang sakit-sakit kelesuan membanting tulang mencari rezeki di siang hari.

Bila diingatkan nostalgia itu kembali ketika nak melelapkan mata, terasa sayu dan sedih sehingga air mataku bergenang.

Rutin kami sekeluarga, selepas solat maghrib mengaji al-Quran dan selepas solat Isyak hingga pukul 10 malam, mengulang kaji pelajaran di hadapan abahku bertemankan cahaya pelita minyak tanah.

Aku pulak …..

Di sekolah rendah aku tak menunjukkan potensi sebenar di dalam bidang pelajaran.

Selalu saja dapat nombor dua angka di dalam peperiksaan kelas.

Sebuk bermain dan wakil sekolah dalam sukan.

Siapa tak kenal aku.

Budak paling nakal dan ada kata paling jahat.

Aku merupakan ‘pelari paling laju peringkat sekolah’ dan sentiasa mewakili sekolah dalam semua acara sukan.

Di sekolah menengah, aku merupakan pemain bola yang handal dan beberapa tahun mewakili negeri.

Kalau ada liga profesional macam sekarang ni, mungkin aku dah jadi Syafiq Rahim kot.

Cuma aku bermain beberapa tahun dengan pasukan negeri di dalam Piala Razak.

Sekarang ada lagi tak Piala Razak tu?

Dulu ada penilaian darjah 5, dan keputusannya dikira bawah par atau paras-paras kerongkong je.

Alangkah kecewanya abah masa tu.

Dalam SRP, keputusan aku dikira agak bagus juga dan aku ditawarkan ke aliran sains.

Pada masa tu, kalau kita belajo dalam aliran sains tulen, orang kata kita ni orang paling bergeliga di alam maya ini.

Tapi itu hanya persepsi orang je.

Hakikatnya, siapa dari aliran sains, semuanya jadi perkerja biasa-biasa je dan dari aliran sastera, sekarang ramai dah jadi big bos belaka dan ada yang dah jadi CEO.

Tapi aku tak kisah pon, yang penting belajo untuk dapat kerja yang ‘baik’.

Walaupun SPM aku pangkat 1 dan aku telah berjaya ditawarkan ke UM, namun aku pilih ke tingkatan 6 disebabkan faktor kemampuan kewangan abah yang sangat terhad.

Pada masa tu, sayu jugak tengok kawan-kawan, sorang demi sorang ke universiti sama ada bertaraf diploma atau ijazah pertama.

Pada mulanya rasa malu dan rendah diri jugak.

Kalau boleh tak mahu jumpa kawan yang dah belajo ke universiti sebab rasa segan.

Ada jugak yang dah tak mau berkumpul kite orang di wakaf waktu cuti, mungkin tak setaraf kot!

Alhamdulillah, pilihan aku ke tingkatan 6 akhirnya berbaloi jugak.

Aku memperolehi keputusan yang agak cemerlang dalam STPM.

Aku lulus semua subjek iaitu 4 prinsipal A dan 1 principal B.

Dalam aliran sains tulen pulak tu.

Pada masa tu, nak cari budak Melayu dapat 5 principal aliran sains tulen hanya satu dua kerat je.

Sebabnya aliran sains tingkatan 6 pada waktu tu di domenasi oleh pelajar keturunan Cina dan India je, 

Aku le budak Melayu tu. 

Kira hebat jugak pencapaian aku pada masa tu, hehe! 

Sebabnya, hanya orang yang pernah ambik STPM je yang tau betapa sukar dan terseksanya nak lulus!

Dekat BPHS pada tahun tu, aku je budak Melayu yang memperolehi 5 principal penuh dalam semua subjek di aliran sains tulen.

Chegu aku, arwah Mis. Farida suruh aku mohon kos Medic.

Zaman tu keputusan aku ‘terlalu layak’ ambik kos tersebut.

Kalau aku ikut cakap chegu, mungkin aku sekarang ni dah jadi doktor.

Tapi itu tinggal sejarah je, jangan dikenang sebab masa tak kan kembali..

Disebabkan tak mahu susahkan abah, aku ke Maktab Perguruan.

Masuk maktab perguruan tak banyak pakai kos.

Elaun sara hidup pon diberi dan yang pasti dijamin lulus dan keluar dah tentu jadi chegu dan dapat gaji untuk bantu keluarga.

Mak aku selalu cakap, “Kao jadi le chegu macam kak Long kao tu, kerja tetap dan hidup kao senang nanti!”.

Kalau orang tak pernah jadi chegu, lain lah sangat hakikatnya.

Setelah  hampir 3 tahun aku bertugas sebagai chegu, akhirnya berjaya jugak aku ke universiti.

Walaupon sekarang ni aku tak mengajo lagi di sekolah, namun aku tetap juga chegu.

Sudah hampir 22 tahun abah ku telah kembali menemui Sang Pencipta.

Visi dan misi arwah telah terlaksana.

Kami adik beradik kini semuanya telah berjaya di dalam kehidupan di dunia, dan mudah-mudahan akan berjaya juga di kehidupan akhirat …. Amen.

Aku sentiasa ceritakan kisah-kisah kesusuahan atok dan nenek mereka kepada anak-anak aku di dalam membesarkan abah mereka ini sehingga berjaya kini,

Semoga anak-anak aku faham, bukan senang nak senang dan banyak halangan dan pengorbanan yang perlu ditempuh.

Kata ayahku, “ Kalau abah kuli, tak kan kau nak ikut jejak abah jadi kuli jugak, belajo rajin-rajin supaya esok beso kau hidup senang. Jangan tinggal solat dan ingat adik beradik yang susah?”.

Aku sentiasa ulang dan ulang kata-kata “azimat” ini kepada anak-anak aku.

Dan aku berharap, anak-anak aku menjadi orang yang berjaya di dalam hidup mereka sebagai orang yang baik dan terpuji di dunia dan akhirat.

Juga, jadilah manusia yang sentiasa merendah diri dan hormatilah semua orang terutamanya orang-orang yang susah.

Semoga arwah abah aku sentiasa dirahmati Allah, dan segala jasa dan pengorbanannya membesarkan anak-anaknya sehingga semuanya menjadi orang berguna diterima Allah…Ameen.

Alfatihah.