Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Sunday 31 December 2017

Azamku 2018




Usahlah melihat seseorang dari masa lalunya. 

Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. 

Seseorang yang hampir membunuh Rasulullah pun kini terbaring di sebelah makam Baginda. 

Beliau adalah Saidina Umar Al Khattab.

Usahlah melihat seseorang dari masa jahatnya. 

Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah akhirnya menjadi Saifullah (Pedang Allah). 

Beliau adalah Saidina Khalid Al Walid.

Usahlah menilai seseorang dari paras rupanya. 

Rasulullah melihat sahabat baginda iaitu Si Pendek yang tidak menawan bernama Saidina Julaybib dikejar para bidadari di syurga.

Usahlah memandang orang dari status sosial dan kekayaannya. 

kasut emas Fir’aun berada di neraka, sedangklan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Jika tak mampu memberi, usahlahlah mengambil. 

Jika terlalu sulit untuk mengasihi, usahlah membenci.

Jika tak mampu meringankan, usahlah mempersulitkan.

Jika tak sanggup memuji, usahlah menghina.

Jika tak mahu menghargai, usahlah diumpat.

Jika tak mampu menghibur, usahlah menyedihkan.

Azamku 2018 .....

Aku tidak akan mencari kesempurnaan tetapi aku cuba menyempurnakan apa yang telah ada pada ku.

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2018



Wang Hantaran vs Mas Kahwin @ Mahar



Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan.

Tetapi perkara ini dibenarkan di dalam islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak membebankan pihak lelaki.

Berbeza dengan wang hantaran, mas kahwin pula merupakan satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isterinya. 

Si isteri dibenarkan menolak permintaan suami berasmara di ‘malam pertama’ sekiranya bayaran mas kahwin masih belum diberikan.

Mas kahwin merupakan perkara wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Mas kahwin atau cakap bahasa Arabnye mahar terbahagi dua:

Mahar Misil - dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Semakin tinggi kelas sosial mereka, maka semakin mahal maskawin yang terpaksa dikeluarkan oleh bakal pengantin lelaki kepada keluarga pengantin perempuan.

Mahar Musamma - maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

Wang hantaran yang tinggi inilah sebenarnya yang menjadi masalah utama kepada kaum lelaki untuk berumah tangga.

Apabila sudah ramai kaum Adam tidak mampu berkahwin disebabkan wang hantaran terlalu membebankan, lebih-lebih lagi upah berkerja tidak dapat menampung kos sara hidup dan kos gaya hidup diri sendiri maka kesannya akan terpalit juga akhirnya kepada kaum Hawa.

Akhir-akhir ini, jika tak ada sekurang-kurangnya RM 10,000.00, lupakanlah sahaja cita-cita untuk meminang Si Dara idaman walaupun hanya bergred 'biasa-biasa' je.

Tapi kalau Si Janda pulak, semakin bergetah semakin mahal … kot!

Sekarang nak kawin dah pakai gred, serupa jual buah durian kat tepi-tepi jalan jugak. 

Gred buah yang paling loko, mau tak mau paling lekeh RM8.00/kg.

Belum lagi ditanya harga Musang King, Kunyit, Udang Merah, Segamat, MH370 dan tah apa-apa lagi….. mampu tengok je le!

Kalau tak mampu, tak payah nak gatal-gatal singgah!

Entri ini bukan untuk menghina sesiapa, tetapi ianya sebagai perkara yang pada awalnya sebagai amalan kebiasaan dan akhirnya telah menjadi satu budaya di dalam masyarakat kita.

Serupa juga dalam hal-hal berkaitan wang sumbangan, salam kaut, salam cangkruk, becek dan apa-apa saja istilah yang diberikan di dalam amalan bertandang di dalam majlis perkahwinan.

Tetapi itulah realitinye!