Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Wednesday 10 January 2018

Untuk Ku dan Keluargaku

  • Elakkan berbahasa kesat dan kasar.
  • Tahanlah perasaan amarah.
  • Berbaiklah pada orang.
  • Usah berasa sombong dan bongkak.
  • Memaafkan kesalahan orang.
  • Berbicaralah dengan nada yang lemah lembut dan bersopan.
  • Rendahkanlah suara.
  • Usahlah mengejek dan mencaci.
  • Jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati ibu bapa.
  • Elakkan memasuki bilik peribadi ibu bapa.
  • Jangan sesekali mengelarkan orang lain dengan gelaran yang tidak baik.
  • Mencatat segala hitang-piutang.
  • Jangan mengikuti orang secara membabi buta.
  • Tabayun apabila menerima sesuatu maklumat.
  • Usahlah menyebarkan keburukan orang dan tutup keaiban mereka.
  • Berikanlah lanjutan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.
  • Jangan memakan riba’
  • Jangan sesekali merasuah dan memakan rasuah.
  • Elakkan hidup mengampu.
  • Usahlah melanggar janji.
  • Jagalah dan hormatilah keparcayaan orang.
  • Elakkan mencampur adukan kebenaran dengan kebatilan.
  • Berlaku adil terhadap semua orang.
  • Tegakkan keadilan dengan tegas.
  • Tuliskan wasiat untuk mengaggihkan harta kepada anggota keluarga.
  • Wanita memiliki hak waris.
  • Jangan sesekali memakan harta anak-anak yatim.
  • Lindungilah anak-anak yatim.
  • Jangan boros dan membazir terhadap harta.
  • Damaikanlah orang yang berselisih.
  • Hindari dari persengketaan yang buruk.
  • Usah memfitnah.
  • Gunakan harta untuk keperluan diri, keluarga dan masyarakat.
  • Biasakan memberi makan orang miskin.
  • Bantulah fakir miskin.
  • Elakkan bermegah-megah dengan harta.
  • Jangan menyebut-nyebut tentang kebaikan dan sedekah yang diberi.
  • Jangan menyebut-nyebut tentang kehebatan diri sendiri di dalam segala hal.
  • Hormatilah tetamu.
  • Usah membuat kerosakan di muka bumi.
  • Jangan menghalangi orang berbuat baik.
  • Bersyukurlah 


Saturday 6 January 2018

Terima kasih sahabat semua.



 

Kita semakin dimamah usia, tetapi tetap ada pesona.

Kulit muka semakin kendur, uban memutih di kepala dan gigi mula gugur, namun senyuman manis masih tetap tersisa.

Senda gurau antara kitapun tetap terjaga.

Tak jarang lagu-lagu lama mengimbau masa silam menjadi teman setia.

Masa itu kita akan mengenang masa-masa muda yang penuh indah yang pernah kita lalui.

Kita pernah belajar bersama-sama dengan penuh suka duka.

Namun jalan kehidupan kita berbeza.

Jika kita faham erti masa, betapa untungnya di saat kita menjelang senja.

Tuhan masih menyayangi kita dengan cara Nya.

Nikmatilah kenangan indah itu dengan rasa syukur.

Walaupun antara rakan-rakan kita yang lain sudah tiada.

Sebelum datangnya waktu giliran kita pula.

Sebelum yang nyata menjadi fana.

Terima kasih sahabat-sahabatku di masa muda.

Terima kasih sahabat-sahabatku menjelang tua.

Mari kita saling bermaaf-maafan dengan hati yang tulus mulia.

Semoga kita sentiasa sihat, sukses dan berbahagia di mana jua kita berada.

Jangan pernah ada niat untuk memutuskan persahabatan kecuali kita berpisah ke alam abadi.

Distinasi kita adalah sama


Jika kita memakai jam di pasar malam atau jam berjenama mewah, ianya tetap menunjukan waktu yang sama.

Kalau kita memakai kereta buatan tempatan atau buatan luar negara, kedua-duanya tetap memudahkan perjalanan kita.

Jika kita tinggal di rumah teres atau rumah banglow, ianya tetap memberi perlindungan kepada kita.

Akhirnya kita akan sedar bahawa kegembiraan dan kebahagian bukan disebabkan kita kaya atau meskin.

Sama ada kita naik kapal terbang kelas ekonomi mahupun kelas business, semuanya akan sampai ke distinasi dan waktu yang sama.

Setiap kali kita semakin tua, jasad dan fikiran kita pula kembali semula kepada lemah.

Orang yang paling gembira ialah mereka yang memperolehi apa yang dihajatkan.

Masa tak pernah berhenti walaupun sedetik.

Peristiwa sentiasa berlaku disekeliling kita dan ianya akan tertulis sebagai sejarah.

Buatlah perkara yang baik.

Sambungkanlah hubungan keluarga serta rakan taulan.

Juga mereka yang ikhlas menyayangi kita.

Dunia kita tidak akan kekal dalam satu keadaan sahaja.

Bahkan kita juga tidak akan kekal di dalamnya.

Jagalah diri sendiri kerana masa sentiasa berlumba-lumba mengejar kematian.

Hanya menunggu detik dan waktu.

Pengakhirannya, kita semua ke distinasi yang sama.