Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Sunday 29 December 2019

Tiga Watak Di Akhir Zaman


1. Imam Mahadi

Kedatangan Imam Mahdi ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Sunday 15 December 2019

Nostalgia Gotong-royong Memasak Baryani Dam Khairussalleh Pt. Mahang

Sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah meninggalkan keluarga kita untuk selamanya. 

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa ibu dan bapa ku dan keluarga ku yang telah meninggal kan dunia ini, dan peliharakan dan sayangilah mereka serta tempatkan mereka bersama-sama orang-orang soleh. Jauhkan mereka dari seksaan kubur dan azab api neraka serta masukkanlah mereka ke syurgaMu tanpa hisab. Kau berkati dan rahmatilah seluruh keluargaku ini kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat...ameen!"

Masa tak kan boleh di undur, yang hidup akan meneruskan kehidupan. Yang berlalu menjadi sejarah hidup dan hanya kekal sebagai kenangan abadi...😒