Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Monday 5 August 2019

Belajar Dari Kes Rompakan




Dalam satu rompakan di negara Far Far Away, perompak menjerit.

"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan. Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu".

Semua orang meniarap dengan ketenangan.

[Ini dipanggil Mind Changing Concept . Mengubah cara pemikiran yang daripada negatif kepada positif think ]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yang mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"

[Ini di panggil Being Professional. Hanya fokus perkara yang kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yang lebih muda (ada degree) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (yang hanya belajar setakat darjah enam je) : Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat hari ini."

Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yang kita rompak, nanti mengambil masa yang lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'

[Ini di panggil Experience. Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas yang dipanggil IJAZAH!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yang kita songlap sebelum ini dari bank".

[Ini di panggil Swim with the tide. Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan !]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."

[Ini di panggil Killing Boredom. Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya RM100 juta.

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"

[Ini dipanggil Knowledge is worth as much as gold!]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan share market mereka di tutupi dengan kes rompakan.

[Ini dipanggil Seizing the opportunity. Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yang sebenarnya ?


No comments:

Post a Comment