Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Sunday 30 April 2017

Seringkali apabila kita menasihat orang lain, sebenarnya lebih tepat jika diterapkan pada diri sendiri!

 

Melihat kesalahan orang sungguh mudah. 

Menghitung kekurangan orang juga jauh lebih mudah.

Melihat semut di seberang lautan lebih nampak daripada gajah dipelupuk mata.

Terlalu sibuknya kita menghitung dan menilai orang, akhirnya kita jadi jarang menghitung dan menilai seberapa besar kesalahan dan berapa banyak kekurangan yang ada dalam diri.

Bahkan terkadang kita menuntut orang lain hanya karena dia tidak sempurna di mata kita.

Seandainya manusia itu tahu tentang aibnya sendiri niscaya tidak ada orang yang mahu mencela aib orang.

Siapa yang menasihatmu secara sebunyi-sebunyi maka dia benar-benar menasihatmu, sebaliknya sesiapa yang menasihatmu dikhalayak, dia sebenarnya menghinamu.

Menegur janganlah sampai menghina.

Mendidik janganlah sampai memaki.

Membantu janganlah sampai mengungkit.

Sesungguhnya, seburuk-buruk manusia ialah bermuka dua, yang mana dia datang pada saudara yang tidak disukainya dengan muka sekian dan dengan kelompok saudara yang disukainya, dia bermuka sekian.

Walaupun hati rasa benci, usahlah mengutuk dan mencaci di atas dasar nasihat.  

Yang putih itu tak semesti indah.

Yang hitam itu tak semesti buruk.

Kain kafan itu putih, tapi menakutkan.

Kain Ka’abah itu hitam, tapi mendamaikan.

Manusia dinilai dari akhlaknya, bukan darjatnya.

Setiap dari kita ada kekurangan, tidak ada di antara kita yang sempurna.

Hiduplah dengan sifat hormat-menghormati.

Jagalah mulut dari menyakiti jika diri juga berasa benci apabila disakiti.

Sepatah penghinaan akan memberi kesan ingatan selamanya.

"dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menghina sebahagian lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya” (Al Hujrat : 12).

Jika mulut kamu suka menyakiti hati orang dan tanggapan kamu itu adalah yang terbaik bagi kamu, maka teruskanlah ............

Tiada sesiapa yang dapat menghalangi, melainkan Yang Maha Berkuasa.

Wednesday 26 April 2017

Monolog tentang ilmu dan amal



Memberi ilmu kepada murid mudah.

Mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah

Membanyakkan ilmu mudah.

Membanyakkan amalan susah sekali

Ahli ilmu ramai.

Ahli amal tidak ramai.

Ramai para guru/ustaz dapat memandaikan murid-muridnya.

Tapi ramai para guru/ustaz gagal mengajak muridnya beramal.

Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal.

Orang yang kurang ilmu tapi beramal dari amalannya itu akan mendapat ilmu atau menambah ilmu.

Hari ini ahli ilmu disanjung orang.

Tapi ahli amal tidak dipeduli orang.

Ramai orang bercakap tentang ilmu, tapi kurang yang bercakap tentang amal

Ahli ilmu dihormati orang. 

Ahli amal ilmu adakalanya didengki orang.

Lebih baik seorang pendosa yang khawatir dengan dosanya, daripada seorang berilmu dan banyak amalnya tetapi sombong dengan ilmu dan amalnya!