Scrooling Text

YOU WILL NEVER REACH YOUR DESTINATION IF YOU STOP AND THROW STONES AT EVERY DOG THAT BARKS .

Pages

Thursday 23 March 2017

Semoga cita-citaku nak bersattle down termakbul



Rasanya tak sabo nak pindah Johor, tanah tumpahnya Bangsa Johor.

Bukan assobiyah atau sintimen kenegerian, tapi tempat jatuh lagi dikenang, tak sama dengan tempat asal usulku dilahir dan dibesarkan.

Pasti yang terbaik adalah negeriku, Johore.

Sentiasa menghitung hari, samada permohon pindah lulus atau tak oleh BMKPM. 

Bulan Januari 2017 lalu dah mula isi borang pindah, harap-harap satu keluarga dapat pindah serentak.

Tunggu hingga Mei ni.

Tak mahu berduka lara.

Berita baiknya dapat information dari KMJ ada kekosongan untuk Jabatan Pengurusan Pelajar.

Tapi  yang tak berapa nak sedap didengar, Unit Perakaunan katanya penuh lah pulak.

Kata orang tua-tua, setinggi-tinggi helang terbang akhirnya pulang ke sarang jua.

Selama ni hidup berkerjaya aku asyek berpindah-randah merantau dari satu negeri ke negeri lain.

Sejarah panjang kerjayaku, dah 5 buah negeri dan 8 buah setesen tempat aku bertugas.

Dari bujang sehingga dah 3 orang anak, masih berkelana dirantau orang.

Walaupun hanya kat Malaysia je, namun kadang-kadang sayu jugak teringat kampung halaman, lebih-lebih masa dekat-dekat nak raya.

Teringat rakan taulan dan sanak saudara kat Johor.

Maaf....

Banyak undangan kenduri yang tak dapat aku penuhi daripada mereka.

Lebih sedih, bila ada diantara mereka ditimpa musibah atau yang pulang ke alam baqaq, tak dapat nak ziarah.

Hanya doa dari kejauhan sahaja.

Diam tak diam, dah hampir 6 tahun aku di KML ni, iaitu setesen mutakhir tempat aku bertugas sekarang.

Kasihan jugak kat anak-anak, asyek bertukar-tukar sekolah dan bertukar-tukar budaya sosial setempat menyebabkan kehidupan bersosial dan pelajaran mereka agak terganggu.

Nak suaikan keadaan di sesuatu tempat  tu agak mengambil masa bagi seorang kanak-kanak.

Kalau orang tua macam aku ni, campak kat mana pun boleh hidup.

Walau bagaimanapun umur dah masuk kelab setengah abad ni, perlu sattle down jugak.

Mental dan fizikal dah tak berapa mampu nak berpindah-randah, rasa jemu dan penat.

Orang macam aku ni sepatutnya tak perlu lagi mengejar mobiliti sosial.

Alhamdulillah, semuanya dah lebih dari cukup.

Umur ini semakin singkat, apa nak dicari lagi selain lubang kubur!

Sebab itulah aku perlu sattle down untuk memulakan proses kehidupan yang lebih terurus dan teratur.

Menginsafkan!

As a first step after KAKOM kat KMJ Tangkak last semester, aku dah mula round-round untuk cari rumah kat sana.  

Round punya round, terjumpalah satu taman baru dalam progres development.

Hanya kira-kira 3 Km je dari KMJ, dan lokasinya tak sampai pon 1 Km dari tol Tangkak menghala ke bandar.  

Lokasinya pulak agak strategik, terletak di kawasan bandar Tangkak.

All facilities available complete.

Yang menariknya lagi, masjid, sekolah rendah dan menengah pon dekat sesangat. 

Dan…..

Yang paling bestnya, KMJ hanya 3 Km je. 

Tanpa fikir panjang terus je call pemaju. 

Kebetulan masih ada satu unit yang kosong iaitu rumah paling ujung dan ada space tanah yang agak luas. 

Harganya memanglah agak mahal, namun long-term investment to anak-anak, ianya agak menarik. 

Apa lagi..... 

Tanpa fikir panjang terus buat agreement. 

Namun prosesnya agak rumit dan memakan banyak kos jugak.

Almaklumlah, pemaju di bandar Muar dan aku di Labuan.

Ulang alik Labuan-Muar beberapa kali untuk agreement ngan pemaju dan lawyer.

Developer guarantee, jangka siap bulan Jun 2017 ni. 

Finally, dapat juga sattle dan loan pon dan approved.

Hari tu bila kelapangan balik kampung di Batu Pahat, singgah sekejap kat Tangkak tengok bakal rumah baruku tu. 

Alhamdullilah, construction is progressing according to schedule.

Terus bersemangat untuk berpindah!

Semoga permohonan berpindah kali ini berjaya. 

Dan.....  

Aku dah tak sabo nak sattle down dah.

Sebabnya dah lebih 30 tahun hidupku berkelana berpindah randah umpama manusia nomad, penat kao!.

Umur dah masuk seperuh abad, dan aku jugak ingin berbakti pada ibuku di sisi, selagi hayatnya dikandung badan.

Semoga cita-cita aku untuk sattle down termakbul kali ini...ameen.